Thursday, April 17, 2014

Bernasib baik kah aku?

Sometimes bila ada masa I ada jugak la bukak forum, group FB etc pesal TTCians ni.
Ada some posting bercerita tentang masalah being a TTCians dr sudut family and friends.
Masalah nak mengadap orang2 yg bermulut puaka ni.
Ada jgk orang2 itu termasuklah mak mertua, pak mertua, kakak / adik2 ipar etc.

Kira org yang terdekat dgn kita.

Mmg hancur luluh hati mereka2 yg meluahkan perasaan tu.
Sedih I baca sebab walaupun mereka senasib dgn saya being a TTCians, dugaan mereka lebih hebat dr saya.

Saya bersyukur, semua ahli keluarga kami amat memahami yg semua itu rezeki Allah yg belum tiba.
Baik my own family or my in laws.
Tak pernah mereka menghina, mengeji kami kerana tak ada anak selama 5 tahun berkahwin.
Malah, mereka tetap memberikan sokongan dan doa dlm apa saja usaha kami utk mendapatkan zuriat ni.

Namun saya tetap tidak menolak, ada jugak di kalangan sedara mara yg kdg2 bertanya bila nak dpt anak.
How I wish I can answer them tomorrow!

Tp yg paling membuatkan saya rasa lagi sedih, bila baca posting yg menceritakan tentang suami sendiri yg tak nak support!

Hell o!

Ajak g clinic taknak teman apatah lagi nak buat test sbb dia rasa dia tak de masalah dan masalah tu kat bini je.
Pastu, isteri suruh makan supplement pon tak nak sbb dia rasa dia tak de masalah jugak.

Dah kenapa?

Nak letak blame tu semua kat bini ke?

Nama pon suami isteri.. takkan usaha sebelah pihak je?
Katanya, tawakal pada Allah.

Yes, memang semua pon kita kena tawakal dan redha atas ketentuan Allah tp Allah tak melarang kita dari berusaha kan?
Dah berusaha baru kita tawakal.
Ini semua pon nak letak kat bahu isteri.
Tak kesian ke kat bini korang tu?
Bukan semua tu tanggungjawab laki jgk ke?

It takes 2 to tango.

I ni nak kata DH i tu baik sgt tu tak lah but dia mmg ikut je apa yg I suruh dia buat.
Kira macam I buat jambatan, dia lalu je atas jambatan tu.
Tak pe la dr dia tak nak buat kan.

Tak tau la I mcmana TTCians yg ada problem mcm tu nak hadap laki yg jenis mcm tu.
Kesian.
Bertimpa2 dugaan.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami semua ini.



3 comments:

  1. MZ, masing2 ada bahagian masing2 kan... i always consider myself lucky coz i have all the support needed. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Nak buat rawatan ni both kena support each other..kalau org lain mgkin boleh terima.mulut org kita xleh nak tutup..tp kalau hsbnd sendiri pon xsupport, payah la...xda semangat...Alhamdulillah...brsyukur sgt sbb ada kluarga n mertua yg support..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..i pun beruntung ade husband n keluarga support. hubby yg beria nk teman even g scan telur je.. alhmdulillah...

    ReplyDelete

Tabung