Monday, April 15, 2013

Rasa Hati Ini

Gara-gara lately ni I byk baca blog-blog TTC kat luar sana tuh, I pon terpanggil lah nak create 1 blog TTC.
Dari dok bercampur aduk lambakkan kan semua kat http://iamqimie.com tuh.

From my readings, I managed to know what are the difficulties they went thru during TTC.
Bermacam-macam cara mereka usahakan demi rezeki yang satu ini.
Including myself. 

Dari blog-blog itu, saya cuba membina kekuatan saya sendiri untuk lebih bersedia menghadapi segala dugaan mendatang di masa hadapan.
Jujur, dalaman saya tidak sekuat luaran saya yang masih mampu mengukir senyuman dan mengucapkan tahniah setiap kali perkhabaran itu menusuk telinga.
Seikhlas manapun ucapan itu terungkap dari bibir ini, pasti jauh di sudut hati ini terasa pedihnya.

Namun, saya tetap bersyukur kerana keluarga dan teman2 rapat amat memahami situasi diri.
Yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan di kala diri amat memerlukan.
Dan yang lebih penting, Sang Suami jua turut sama-sama memahami perasaan ini dan sentiasa memberikan kata-kata positif supaya diri ini tidak dibebani rasa sedih yang melampau.

Melalui blog-blog itu jua, kami berdua mencuba segala jalan yang ada untuk mendapatkan rezeki yang satu ini.
Berkorban masa dan wang ringgit demi mendapatkan zuriat.

Betapa hebat dugaan yang diberikan oleh Allah SWT ini, namun saya percaya pasti ada rahmat dan hikmah yang Dia telah siapkan untuk kami berdua.Hanya orang yang terbuka hatinya yang mampu mencari hikmah tersebut.Saya percaya musibah yang menimpa ini adalah satu tanda kerinduan Allah SWT untuk mendengar luahan hati kita lantaran sunyinya hati kita dari berdoa, meminta kepadaNya.

In Shaa Allah….

credit to goo.gle dan ratuhati.


2 comments:

  1. InshaaAllah dear. Kita usaha selagi mampu. Allah uji kita dgn cara mcm nih. Org lain, Dia uji cara lain pulak. Goodluck on your ttc treatments :)

    ReplyDelete

Tabung